Tuesday, 7 August 2012
Gerakan: Tema kemerdekaan Kedah berbeza dengan Pakatan petanda mereka berpecah
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Kedah, Tan Keng Liang berkata, perbezaan tema Hari Kebangsaan antara kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah dengan negeri PR yang lain adalah petanda bahawa pakatan pembangkang itu diambang perpecahan kerana tidak dapat bersatu dalam perkara seperti ini.
“Mereka bukan sahaja berbeza dengan tema Hari Kebangsaan di peringkat persekutuan, mereka juga berbeza dengan tema dengan negeri-negeri PR yang lain.
“Ini seolah-olah mahu menjadikan Kedah seperti sebuah negara yang lain kerana melakukannya berasingan, dan ini tidak seharusnya berlaku,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider petang tadi.
Berita lanjut...
Jarumemas: Sebumbung tidak sebilik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment