Tuesday, 7 August 2012

Akaun Twitter palsu Anwar jemput Saifuddin sertai PR

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak tawaran menyertai Pakatan Rakyat (PR) oleh "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikemukakan kepada beliau menerusi laman Twitter miliknya. Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun Twitter dengan menyebut,"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah." Tawaran menyertai PR itu bagaimanapun dibuat oleh satu akaun Twitter palsu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan akaun Twitter Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim. Dipetik Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang. Berita lanjut... Jarumemas: Jangan ikut resmi lalang..

No comments:

Post a Comment