Wednesday, 11 July 2012
SPR umum rakyat Malaysia di luar negara boleh undi PRU guna pos
Sekarang ini tidak perlu nak kecoh lagi isu kononnya ribuan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihanraya umum.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi Rabu umum satu lagi pembaharuan yakni membolehkan mereka mengundi guna pos.
Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof memberitahu wartawan cuma satu syarat dikenakan - mereka wajib balik ke Malaysia sekali dalam lima tahun.
Katanya syarat ini bagi memastikan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara itu tahu mengenai situasia politik semasa tanahair.
Aziz berkata SPR akan mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan sistem baru ini secepat mungkin.
Katanya jika perlu langkah perundangan,pindaan mengenainya akan dikemukakan semasa sidang Parlimen pada bulan September ini.
Sebelum ini terdapat polimek bagaimana ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara hendak mengundi.
Masalah utama yang berbangkit ialah tentang lojistik.
Antaranya dimana mereka hendak membuang undi kerana ada yang tinggal jauh dari pejabat Kedutaan Malaysia di sesebuah negara.
Sumber: Agendadaily
Jarumemas: Mengundilah kerana kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi membolehkan anda mengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment