Wednesday, 11 July 2012

Guardian lanjut spekulasi Nurul Izzah bakal PM

Akhbar Inggeris Guardian menerbitkan satu rencana mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menganalisis perjalanan mencabar barisan pembangkang menghadapi pemerintah Barisan Nasional dan apa yang dilihat sebagai peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri. Menurut akhbar itu, pertempuran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menjadi yang terakhir untuk merealisasikan hasrat Anwar menjadi perdana menteri, hal yang sama dibicarakan dalam politik negara kebelakangan ini. Rencana tulisan Kate Hodal itu masih memberi gambaran keseluruhan yang positif buat Anwar, memberi gambaran Anwar sebagai satu-satunya pemimpin pembangkang yang ditentukan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, walaupun turut menyelitkan beberapa kritikan kecil. Berita selanjutnya... Jarumemas: Ayah dan nak undur diri anak pula diminta naik.

No comments:

Post a Comment