Tuesday, 10 July 2012
Persepsi Rakyat Kepada BN Semakin Baik – Penganalisis
UALA LUMPUR: Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berbanding semasa pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh pembangkang.
Dengan pelbagai inisiatif yang dirangka, golongan muda kini mula dapat menilai kesungguhan kerajaan yang begitu prihatin bagi mencorakkan masa depan negara yang lebih meyakinkan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata perubahan persepsi itu adalah berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membuahkan hasil dan dapat dirasai sendiri oleh rakyat.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat majoriti rakyat kini sedar mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan B Nsehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.
Sumber: Blog KLXRESS
Jarumemas: Semoga segala hasil usaha dan penat lelah PM, TPM akan membuahkan hasil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment