Tuesday, 31 July 2012

Dr Hassan : Buku Jingga Mematikan Asas Perjuangan PAS

AIDCNews – 31/07/12 – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Buku Jingga merupakan penghalang utama yang boleh mematikan asas perjuangan parti-parti yang bernaung di bawahnya. Katanya konsep Negara Islam dan Hudud merupakan dua tunggak perjuangan asas PAS, walaupun konsep Negara Islam ditukar kepada Negara Berkebajikan namun di kalangan pimpinan PAS menganggap dua tunggak asas PAS masih berselindung di sebalik slogan jenama baru itu. Negara Islam dan Hudud kata Dr Hassan tidak termaktub dalam Buku Jingga iaitu polisi-polisi yang disepakati bersama di antara parti kompenan PR. Inilah dilema PAS, ketika berusaha mengungkap konsep Negara Islam dan hudud, ianya akan dihalang dengan gesaan DAP dan PKR supaya PAS kembali patuh kepada Buku Jingga. “Sepatutnya setiap parti dibenarkan untuk membentangkan dan tidak mematikan perjuangan asasi mereka….Pakatan memang ada Buku Jingga yang sudah disepakati dan mestilah ditonjolkan terlebih dahulu “(Namun) Dari segi bijaksananya, sepatutnya tidak dihalang mana-mana parti untuk menonjolkan asas perjuangannya,” katanya Menurutnya lagi polemik terbaru berkenaan hudud membuktikan penukaran konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan tidak disepakati sepenuhnya oleh kepimpinan PAS. “Isu ini merupakan agenda utama PAS sejak 60 tahun lalu, hanya berubah beberapa ketika yang lalu bila Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam. “Saya rasa, ini menunjukkan di kalangan PAS tidak ijmak (sepakat) sepenuhnya mereka bersedia untuk menukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. “Yang disuarakan oleh teman-teman dari Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang sering menimbulkan persoalan-persoalan ini, walaupun di pihak tertinggi PAS telah mengatakan (agar) isu ini jangan ditimbulkan lagi sebab kita berada dalam pakatan,”katanya dalam sidang media 28 Julai. Sumber: Blog AIDC Jarumemas: Pas dibayangi DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment