Friday, 15 June 2012

Usaha Ganggu Kontraktor

KOTA BHARU – Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula, timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan pembinaannya. Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan Lebuh Raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat. Malah katanya, pihaknya juga melantik lapan juru ukur baru yang terlibat dalam proses mengenal pasti laluan setelah juru ukur yang asal diganggu. “Kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk (hasut supaya) tidak terlibat, ini adalah satu dari cubaan tetapi semuanya masih mengikut jadual,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam. Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R). Sumber: Blog Detik Perubahan Jarumemas: Betul ke? Siasat dulu jgn main tuduh aje..

No comments:

Post a Comment