Friday, 15 June 2012
Akaun Anwar akaun Muhy — Aspan Alias
15 JUN — Sekarang timbul pula cerita akaun induk Anwar Ibrahim seperti yang disebut oleh Datuk Murad, bekas Naib Governor BNM. Murad berkata ini berlaku semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu. Isu ini merupakan isu yang sudah lama, dan mahkamah telah pun memberikan keputusannya yang perkara itu tidak wujud. Tetapi di dalam negara kita yang tidak wujud pun boleh diwujudkan dan yang wujud boleh di”tidakwujudkan”. Inilah agaknya konsep “Malaysia Boleh!” Semua boleh berlaku.
Tetapi tidak mengapalah jika isu itu ditimbulkan kerana pilihanraya pun sudah hampir. Semuanya akan timbul. Saya pun hendak juga tahu berapa banyak wang yang ada di dalam akaun induk Anwar itu jika akaun itu benar wujud. Anwar sendiri pun bersetuju untuk membukanya tetapi kenalah ada syarat sikit. Syaratnya TS Muhy pun kenalah buka akaunnya juga.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, semasa berucap bersama saya di Klang baru-baru ini juga telah bersetuju untuk Anwar membuka segala-galanya dengan syarat Muhy, Najib, Hishammuddin, Khairy dan beberapa orang pemimpin BN sendiri bersetuju untuk membuka akaun masing-masing bersama dengan Anwar Ibrahim. “Once and for all” kita selesaikan isu ini serta-merta.
Saya menyebut isu ini kerana cara berpolitik hari ini sangat tidak beretika terutamanya dari pihak Umno/BN. Murad jelas dipergunakan oleh setengah pihak kerana politik setengah pihak. Saya tidak nampak Murad sebagai seorang yang mempunyai kejujuran tetapi itu tidak siapa boleh memperbaiki dirinya kerana itu sudah menjadi naluri bagi seseorang yang terdesak.
Baca seterusnya...
Jarumemas: Apa dah jadi??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment