Thursday, 21 June 2012
PM Ajak Bersatu Menjaga Aset Negara
Kekayaan dan aset negara yang dikumpulkan selama ini akan terhakis jika semua pihak enggan bekerjasama untuk menjaga kestabilan dan kepastian politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tanpa kestabilan politik, negara akan berhadapan ancaman terutama terhadap kekayaan dan aset yang selama ini memberi manfaat kepada semua.
Sehubungan itu, usaha perlu diperhebatkan untuk mengubah senario perniagaan dan keyakinan terhadap pasaran negara supaya dapat bertahan dan mengharungi suasana ekonomi global yang tidak menentu.
“Kita sudah bekerja keras mengumpul aset dan kekayaan tetapi ia boleh merosot jika tidak bekerjasama untuk memastikan kestabilan dan ketidakpastian politik,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-66 Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, semalam.
Hadir sama Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng Heng Jem; timbalannya, Datuk Lim Kok Cheong dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Ter Leong Yap.
Sumber: Blog Rezqeen Hill
Jarumemas: Kekayaan dan harta negara kalau tidak dipelihara dan dipulihara, nanti orang lain yang ambil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment