Thursday, 21 June 2012

Hari ini memang jelas PAS memang parti Ajaran Sesat

Sebelum ini umat Islam di Taman Desa Aman langsung tidak mempercayai bahawa PAS Gopeng bersama Lee Boon Chye sedang menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman. Hari ini memang jelas kata seorang penduduk Taman Desa Aman Pas merupakan parti ajaran sesat kerana mereka sanggup bersama-sama dengan kafir harbi cuba mengganggu majlis dialog dan ramah mesra bersama Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman yang dianjurkan oleh penduduk Taman Desa Aman. Tujuan majlis dialog ini adalah untuk memberi ruang kepada penduduk bagi menyuarakan rasa tidakpuashati mereka kerana Sekolah Agama Rakyat ini dibangunkan. Sebelum ini Pas Gopeng yang diwakili oleh Radhi Zainon telah mempertikaikan kenapa harus Sekolah Agama Rakyat ini dibangunkan di taman Desa Aman kerana ini mengganggu penduduk kaum cina untuk beriadah. Pas Gopeng juga menuduh Sekolah Agama Rakyat adalah haram kerana dibina tanpa kelulusan Majlis Agama Islam Perak(MAIP) dan Pejabat tanah. Tetapi pada hari ini ternyata semua kelulusan telah pun ditunjukkan kepada penduduk apabila wakil daripada pejabat Tanah dan MAIS sendiri memberikan penjelasan. Sumber: Bolg Sungai Rapat Online Jarumemas: Kekalutan parti PAS tahap gaban!!! Yang haram dihalalkan dan sebaliknya...

No comments:

Post a Comment