Tuesday, 5 June 2012
PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus
KUALA LUMPUR, 2 Jun — PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga empat peratus, tegas presidennya, Datuk Seri Hadi Awang. Hadi dalam ucapannya sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Star semalam menegaskan PAS mempunyai tanggungjawab berat yang perlu bagi menarik undi Melayu kepada parti tersebut. “Antara langkah yang perlu diambil PAS adalah meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan memartabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam. “Selain itu, ahli PAS perlu menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat,” tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Amanat baru Hadi, turunkan kerajaan secara sopan, bukan memalukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment