Monday, 4 June 2012

Bekas pegawai kerajaan sertai pembangkang "itu pilihan mereka," -TPM

Soal satu dua perkara yang mereka tidak berpuashati tidak seharusnya membuat mereka meninggalkan kerajaan namun mereka mempunyai pilihan yang tidak boleh disekat dan dihalang. Memahami situasi itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, “itu pilihan mereka” sebagai mengulas tindakan sesetengah bekas pegawai tinggi awam yang bersara menyertai parti pembangkang. Menurut Muhyiddin, beliau berharap bekas kakitangan kerajaan tidak meninggalkan kerajaan kerana satu dua perkara yang mungkin menyebabkan mereka tidak berpuashati kerana mereka memahami bahawa peranan mereka sewaktu berkhidmat dalam kerajaan dan bersama kerajaan serta melaksanakan dasar kerajaan. Muhyiddin berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup di Tasik Titiwangsa, petang Ahad. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Nafsu-nafsi....

No comments:

Post a Comment