Wednesday, 30 May 2012
Ehem.. Ehem.. Kadir mahu bikin parti sendiri
Ini cerita terbaru perihal, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sebelum di ada ura-ura nak join PAS, tiba-tiba mahu bikin parti sendiri.
Kadir yang umum keluar UMNO baru-baru ini khabarnya sudah meninggalkan NGO Amanah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membolehkan beliau tubuh parti sendiri yang dikenali sebagai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Kadir akan mengetuai tersebut dan dijangka akan bergabung dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, PAS, DAP dan PKR.
Abdul Kadir dilaporkan enggan mendedahkan butir-butir parti baru, tetapi berkata akan berbuat demikian pada Khamis ini.
"Akan ada pelancaran rasmi dan sidang akhbar selepas itu ...Saya akan menjawab pertanyaan itu," kata beliau dipetik media.
Sumber: Agendadaily
Jarumemas: Pandai-pandailah kita membawa diri, jangan sampai orang tak suka...inilah pesan nenek teman suatu ketika dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment