Wednesday, 30 May 2012
Dakwaan RPK: SPRM buat laporan polis, bermesyuarat Khamis ini
Jeng je jeng... nampaknya SPRM tidak duduk diam berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamarudin (RPK) yang melibatkan agensi tersebut.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat Khamis ini, bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995.
Katanya lagi, ahli panel itu akan membincangkan dakwaan Pengarang portal Malaysia Today itu kerana jika benar siasatan akan dilakukan.
“Siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu,” katanya dipetik Berita Harian.
Katanya, SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan, petang semalam di Balai Polis Putrajaya.
“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini akan diketahui selepas kami membentangkan laporan kepada Panel Penilai Operasi, Khamis ini,” katanya.
Raja Petra mendakwa Anwar mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu supaya tidak mengenakan tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai segala bukti untuk menahan dan mendakwa beliau atas kesalahan berkenaan.
Sumber: Agendadaily
Jarumemas: Kita tunggu dan lihat ajelah lakonan mereka seterusnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment