Thursday, 26 April 2012

Tunku Aziz bantah perhimpunan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 26 April — Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Tunku Abdul Aziz  ketika berucap pada sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.

“Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.
“Siapa akan bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan berhenti rehat.
Tambahnya lagi, ini adalah prinsip peribadinya dan beliau telah pun menyuarakan pendapat tersebut kepada pucuk pimpinan partinya.
“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya lagi.


Jarumemas: Semua tahu bahawa tujuan sebenar mereka bukan perhimpunan haram tapi nak provoke pihak berkuasa. Bila aman dan jadi liar dan pihak berkuasa bertindak mereka pun tuduhlah pihak berkuasa yang jolok mereka. Dah guru dia kencing berdiri, murid kencng berlari....

No comments:

Post a Comment