Thursday, 26 April 2012

Anwar jemput pemantau asing desak Putrajaya laksana pembaharuan pilihan raya


KUALA LUMPUR, 26 April — Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.
Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Kalay kumpulan pemantau ini kata, semua yang dilakukan oleh SPR adalah tepat dan mengikut spesifikasi, Anwar tetap akan rasa tidak puas hati. Semau dia nampak salah, dia saja yang betul. 

No comments:

Post a Comment