Thursday, 16 January 2014

Isu Giatmara...ini alasan Menteri Besar

Mungkinkah ini bibit-bibit kongsi kuasa ala-Pakatan Rakyat yang akhirnya boleh buat orang Melayu melopong.Kalau diteliti penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Rabu rasanya banyak yang boleh dipertikaikan mengenai langkah kerajaan negeri Selangor terhadap isu Giatmara di Selayang.
Antara alasan yang beliau berikan kepada wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco ialah tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lepas tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
Tentunya semua nak bertanya kenapa dalam banyak-banyak tanah kerajaan negeri itu tiba-tiba fokus mereka jatuh kepada pusat yang melatihan kemahiran kepada bumiputra.
Bayangkan selepas 20 tahun pusat yang wujud sejak zaman Barisan Nasional dulu tiada siapa yang usik dan persoalkan tetapi kini dijadikan isu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Jarumemas: Jangan ditindas rakyat kerana doa orang yang teraniaya diangkat oleh Allah. 

Roadshow kalimah Allah: Umno patut buat di Putrajaya

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyelar rancangan Umno Selangor untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu berkenaan undang-undang penggunaan kalimah Allah.
Beliau berkata, sebelum Umno Selangor ingin mengadakan roadshow tersebut, mereka perlu memahami keputusan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kalimah Allah.
"Kalau mereka (Umno Selangor) nak buat roadshow, buatlah di Putrajaya di hadapan Kabinet atau jemaah menteri kerana mereka yang memutuskan ia dibenarkan untuk digunakan bagi Kristian Sabah dan Sawarak namun tidak di Semenanjung amat mengelirukan.

Jarumemas: Kerajaan perlu bersuara memadamkan api yang sedang marak ini. 

Pemuda MCA minta MP sokong pindaan Akta SPRM


Pemuda MCA menggesa semua Ahli Parlimen sebulat suara menyokong cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.
    
Ketuanya Chong Sin Woon berkata wakil kerajaan dan pembangkang perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan menyokong pindaan Akta SPRM 2009 bagi memantapkan pembanterasan gelaja rasuah di negara ini.
    
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.


Jarumemas: Gejala ini nampaknya  masih belum berkurangan walaupun SPRM telah banyak membuat tangkapan. 

MCA gesa k'jaan S'gor pulangkan Bible


MCA menggesa kerajaan Selangor supaya berhenti mengelak daripada bertanggungjawab dan memulangkan semula Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Bible Society Malaysia (BSM).

Pengerusi Biro Keharmonian Agama parti itu, Ti Lian Ker berkata walaupun kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu telah memberi versinya mengenai serbuan kontroversi tersebut, tetapi tiada apa yang disebut mengenai Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu, sama ada ia akan dipulangkan semula.

"Mereka perlu berhenti mengelakkan daripada tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat kerana ini bukan apa yang rakyat mahu lihat dari mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menggesa Pakatan agar berhenti mempertahankan diri mereka dan sebaliknya meminta maaf dan memulangkan semula Bible yang dirampas itu kepada BSM."


Jarumemas: Semakin panas isu ini. Pihak berkuasa eprlu menangani isu secara tuntas. 

Demonstrasi 'kangkung' bantah kenaikan harga


Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung".

Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung.

Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

"Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya.


Jarumemas: Nampaknya mereka ini sudah keterlaluan memperbodohkan PerdanaMenteri. Langsung tiada rasa hormat di hati mereka. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pecacai ini. 

Pusat GiatMara boleh beroperasi jika patuhi syarat

Pusat GiatMara Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Pusat GiatMara itu tidak mahu meneruskan operasi, mereka boleh mengosongkan premis dan kerajaan negeri akan memberi peluang kepada syarikat lain bagi mewujudkan pusat latihan industri penerbangan.
“Banyak bangunan kita dapati didirikan atas tanah kerajaan, salah satunya ialah GiatMara ini yang sepatutnya dibina sebagai dewan orang ramai tetapi akhirnya dijadikan bengkel untuk pusat latihan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Bangunan SUK, di sini sebagaimana dilaporkan Selangorkini.

Jarumemas: Perbaiki dan perkemaskanlah abngunan ini sebaik mungkin agar anak-anak Melayu masih dapat belajar di situ. 

Ungku Aziz denies writing ‘kangkung’ statement which went viral

Academician Royal Professor Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid today denied allegations that he was the writer of the "kangkung" statement that went viral on Twitter and Facebook.
Describing the allegations as mean and propaganda to tarnish his amicable relationship with the government, especially Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz said he had no time for something so unbeneficial.
"I deny it 100%. It is a lie in which my name and photograph was used for other people's interests... I don't have a Twitter account and I did not make any such statement.
"I don't know who did it and for what purpose. This is propaganda to strain my relationship with the prime minister and it's mean," he told Bernama in Kuala Lumpur today.

Jarumemas: Kesian Pak Ungku tak pasal-pasal nama beliau dikaitkan dalam lelucon 'kangkung' oleh para blogger yang tidak berhemah suka menjatuhkan air muka seorang pemimpin negara yang ulung.