Monday, 19 August 2013

Nazri dicabar tanding jawatan MT Umno

Cabaran demi cabaran timbul agar menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding untuk merebut jawatan anggota majlis tertinggi dalam pemilihan Umno pada Oktober.


Laporan lidah parti berkenaan, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan setiausaha agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh yang mencabar menteri tersebut berbuat demikian demi mengekalkan jawatan kabinet.

“Jika Mohamed Nazri mahu kekal di dalam Kabinet dengan sikap bongkak dan angkuh, maka kita cabar beliau untuk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

“Anak beliau Nedim pasti boleh jadi pengurus kempen yang amat popular,” sindirnya, seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan seperti itu timbul ekoran tindakan Nazri yang mempertahankan keputusan melantik Nedim sebagai salah seorang pegawai menteri berkenaan.




Jarumemas: Dari masa Tun Mahathir memerintah dulu, Nazri selalu menongkah arus.

Pejabat PM nafi laporan bincang k'jaan perpaduan

Laporan yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut kenyataan itu, usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (kanan) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

"Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan pilihan raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, laporan itu disiarkan oleh sebuah portal berita dalam talian, tetapi tidak dinamakan dalam kenyataan tersebut.


Kenyataan yang sama juga menyifatkan berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” perdana menteri merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh laman Asia Sentinel pada hari Isnin, yang memetik Anwar mengesahkan Najib mahu mengadakan perbincangan perpaduan dengannya, dengan Jusuf sebagai perantara.


Bagaimanapun, PMO berkata tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.


Jarumemas: Mula-mula kerajaan perpaduan kemudian bila dia dah ada kuasa, siapa tuan siapa hamba. 

'Saya tak kata berundur lepas 2 penggal'


Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan membandingkan pentadbirannya dengan pendahulunya Koh Tsu Koon daripada Gerakan yang berkhidmat selama 18 tahun.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada akan melepaskan jawatan itu selepas dua penggal berkhidmat, Lim menjawab: "Saya tidak kata begitu".

"Biar saya fokus pada kerja sedia ada, masih banyak kerja perlu dibuat," tambahnya, dalam wawancara dengan beberapa harian berbahasa Inggeris di pejabatnya di Komtar pada Jumaat.

"Saya juga tidak tahu sama ada dapat lalui penggal ini. Masih banyak yang perlu ditempuhi. Tetapi saya tidak akan membandingkan dengan tempoh pentadbiran Koh."



Jarumemas: Belum puas lagi untuk menguis keluar orang Melayu dari bumi negeri itu. Mahu jadikan PP itu seperti Singapura selagi mampu memerintah negeri itu. 

Tolak pemimpin naik dengan kekuatan 'poket'


Pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini wajar menghormati Fasal 3 perlembagaan parti dengan mengutamakan perjuangan dan matlamat parti, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata ini bermakna Umno mesti diiktiraf sebagai penyambung wadah bagi agama, bangsa dan negara dengan mekanisme perpaduan utuh orang Melayu.

"Walau apa pun, Umno akan mempunyai pemimpin tetapi sekiranya kita berpecah dalam menentukan siapa akan memimpin maka kuasa di tangan orang Melayu akan lurut dan akhirnya habis disebabkan desakan politik.

"Petua yang diberi oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sepakat. Orang Melayu mesti berpegang kepada petua lama iaitu seperti pantun ini 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'," katanya yang turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini.


Jarumemas: Mereka seperti inilah yang akan menghancurkan parti dan orang Melayu khususnya. 

M'sia ramai doktor, tapi kurang pakar


Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.

Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.

"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.

"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


Jarumemas: Dan masih ada pesakit yang merungut terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan pakar. 

Roboh surau: Pandangan saya berbeza, kata Dr M


Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau mempunyai pandangan yang berbeza berhubung cadangan perobohan surau yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi di sebuah resort di Kota Tinggi.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci berhubung pandangannya itu.

mahathir open house 180813
"Untuk merobohkan surau saya tak tahu. Saya ada pandangan yang berbeza. Tetapi penduduk di situ mahu ia dirobohkan. Jadi adalah lebih baik pihak berkuasa merobohkan surau itu. 

"Kita harus mengikut kehendak penduduk di situ," katanya dalam sidang media ketika mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di Serdang hari ini. 



Jarumemas: Hormat dengan pandangan Tun yang bernas dan logik. Namun ada pihak yang menyifatkan beliau sudah tua nanyuk pula. Pada teman orang yang beranggapan sebegitu, adalah yang mempunyai pemikiran lapuk dan tidak mahu berfikir di luar kotak. 

Dr M: Umno perlu generasi baru untuk kekal relevan


Mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan lebih ramai generasi baru menyertai dan menerajui parti itu bagi memastikannya kekal relevan.

mahathir mohamad raya open house serdang 180813
"Mereka perlu mengkaji semula diri mereka kerana parti semakin tua dan ramai pemimpin dalam parti itu telah berada di sana untuk tempoh yang lama. 

"Orang muda tidak merasakan perkara itu menarik," katanya ketika ditanya berhubung keperluan Umno berubah untuk kekal relevan dalam sidang media di rumah terbukanya di Seri Kembangan, Serdang hari ini.

Beliau berkata lagi, selain pelbagai dakwaan seperti rasuah dalam parti, generasi muda juga dilihat tidak diberi peluang untuk menerajui parti.


Jarumemas: Eloklah generasi baru diberi peluang memimpin da menerajui negara. Yang tua wajar berundur secara terhormat jangan sampai orang muda jadi kurang ajar menolak orang lama secara kasar.