Friday, 14 December 2012

Perubahan tidak akan jadikan anda kurang ciri kemelayuan — Tun Mahathir

PUTRAJAYA, 12 Dis — Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras, jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu
“Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar.

Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.

“Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai.

Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.


“Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin,” katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15 bertajuk ‘Masa Depan Tindakan Afirmatif’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Ahli MPR Indonesia akan hantar surat bantahan kepada Najib berhubung penghinaan terhadap Habibie

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai “anjing imperialis”.

Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.

Berita lanjut...

Jarumemas: Budi bahasa tidak boleh dijual beli....

Tengku Razaleigh serah pencalonannya kepada pucuk pimpinan BN

GUA MUSANG, 13 Dis — Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.

“Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti,” kata Tengku Razaleigh  ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas...yang tua dihormati, yang  muda disayangi.

Kikis sentimen anti Melayu, DAP perlu lebih ramai Melayu isi kepimpinan tertinggi

GEORGE TOWN, 13 Dec — Perwakilan DAP digesa mengundi sekurang-kurangnya lima calon Melayu ketika Kongres Nasional DAP hujung minggu ini.

"Sejumlah lapan calon dijangka bertanding dalam pemilihan parti hujung minggu ini .. jadi kami mengharapkan perwakilan akan mengundi sekurang-kurangnya lima calon Melayu untuk jawatan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP," kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak.

Jelas beliau, CEC perlu mempunyai sejumlah wakil Melayu untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa parti berkenaan benar-benar sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika DAP mahu memastikan ia tidak dilabel sebagai parti anti Melayu, perwakilan perlu memastikan calon Melayu dipilih ... bukan sekadar dilantik selepas pemilihan parti, " katanya.

Rahmad berkata, DAP memerlukan ramai pemimpin Melayu dalam CEC, tetapi bukannya seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik menganggotai CEC sebagai timbalan presiden, namun meninggalkan parti tersebut.

"Kami tidak mahu Melayu yang tidak melaksanakan apa-apa unutuk Melayu seperti Tunku Abdul Aziz, yang tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada komuniti Melayu selepas dilantik menyertai CEC," katanya lagi.

Berita lanjut....

Jarumemas: DAP memang rasis. Kalau ambil orang Melayu masuk dalam parti pun kesudahannya orang itu hanya jadi pak turut saja.

SKMM harus kemuka bidaan spektrum 4G, bukan hanya terus memilih Syed Mokhtar

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya membuka bidaan terhadap spektrum 4G, dan bukannya terus memilih untuk memenuhkan poket sesebuah syarikat, kata ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menegaskan di sini bahawa pengatur sepatutnya mengemukakan bidaan spektrum 4G-LTE jalur lebar, daripada terus memberikan kepada hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. 


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga turut menyindir Pengerusi SKMM Datuk Mohd Sharil Tarmizi kerana mendakwa pemberian 40MHz kepada syarikat Puncak, adalah untuk “memperkenalkan persaingan tambahan”, berkata penjelasan beliau mencabar logik seperti lapan pemain sedia ada dalam industri seharusnya mencukupi untuk menjana persekitaran yang sangat kompetitif.


“Mengikut piawaian antarabangsa, lapan pemain adalah lebih daripada mencukupi untuk menjana persekitaran yang sangat kompetitif.

“Kebanyakan negara-negara maju lain jauh lebih kurang daripada lapan pemain dalam industri, tetapi kekal sangat berdaya saing dan inovatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Jarumemas: Dalam perniagaan siapa yang benar-benar menunjukkan kemampuan dan keikhlasanya akan mendapat peluang yang lebih besar. Teman percaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang yang tulus, ikhlas dan tidak mengamalkan rasuah untuk mendapatkan satu-satu peluang perniagaan. Jadi, kenapa nak marah sangat bila beliau mendapat habuan yang lumayan kerana banyak pihak tahu siapa dan bagaimana beliau menguruskan perniagaannya.

SU Agung: PKR wajibkan calon, pimpinan gunakan Facebook, Twitter dalam retreat hari ini

PETALING JAYA, 13 Dis — PKR akan mewajibkan kesemua bakal calon dan pemimpin parti tersebut untuk menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter dalam perjumpaan (retreat) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Langkah ini bertujuan agar pemimpin parti tersebut dapat berinteraksi dengan pengguna media sosial yang semakin meningkat terutamanya dikalangan anak- anak muda.

“Besok (hari ini) dalam retreat (perjumpaan) parti, kita akan menjadikan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai satu kewajiban kepada semua pemimpin parti.

“Kerana, sama ada ianya pengundi bandar lebih-lebih lagi, semi urban, dan juga kawasan pendalaman, macam kawasan Machang umpamanya, 55,000 pengundi saya.

Berita lanjut....

Jarumemas: UMNO dan BN juga perlu berbuat perkara yang sama jika mahu menangi hati pengundi.

Ada rancangan untuk gulingkan saya, kata Karpal

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendakwa terdapat rancangan untuk menggulingkan dirinya dalam konvensyen DAP ke 16 yang bermula hari ini.

“Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya.

“Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri,” kata beliau dipetik dari Sinar Harian Online.

Berita lanjut....

Jarumemas: Datang tak dijemput, keluar  bukan dihalau......