Friday, 14 February 2014

'Tampar-tampar sayang, bukan cederakan Teresa'


Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang sebelum ini menawarkan ganjaran wang untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok, hari ini menjelaskan yang ia hanya satu tawaran untuk "tampar-tampar sayang" dan bukannya arahan untuk "mencederakan orang".

Jurucakap gabungan itu Zulkifli Shariff berkata, tawaran RM500 – dan kemudian dinaikkan kepada RM1200 itu juga bukan ugutan jenayah, sama seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Bila kita keluar tawaran kita akan beri ganjaran, kita bersedia hadapi (tindakan undang-undang).

"Tamparan itu pun bukan mencederakan orang, tampar amaran, orang kata tampar-tampar sayang," kata Zulkifli pada sidang media petang ini.


Jarumemas: Sebagai ingatan saja agar tidak biadap lagi.

BN will pump millions into Kajang by-election, Anwar says in BFM interview

Even if it does not field a candidate in the Kajang by-election, Datuk Seri Anwar Ibrahim believes the Barisan Nasional will pump millions of ringgit by supporting an independent candidate.
The Opposition leader said this in a 35-minute interview with local business radio station BFM that was not allowed to hit the airwaves yesterday.
In the interview, Anwar said BN had done this in the past and gave the Penanti by-election in Penang as an example.
In that 2009 by-election, BN decided not to contest after PKR’s Mohammad Fairus Khairuddin resigned as assemblyman. PKR was involved in a four-cornered fight with three independent candidates, and it retained the seat. He said BN had thrown its support behind one of the candidates.
The BN is said to be mulling the possibility off not contesting the Kajang seat saying, "It is a waste of public funds".

Jarumemas: If he is in BN shoes he will the same. It is just that he is sour-grape. 

SPR nafi pilihan tarikh penamaan calon bukan untuk halang Anwar ke Parlimen

Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditetapkan sehari selepas perasmian sesi Parlimen 2014 tiada kena mengena dengan usaha menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berhujah di Dewan Rakyat, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa undang-undang mengatakan tarikh penamaan calon mestilah tidak kurang daripada 11 hari sebelum tarikh mengundi (23 Mac), menyebabkan mengapa penamaan calon diadakan pada 11 Mac.
(Dan) SPR terlebih dahulu memilih 23 Mac sebagai tarikh pengundian kerana ia hari cuti am, katanya.

Jarumemas: Kalau dah takut bayang-bayang dikatakan hantu. Itulah Anwar Ibrahim yang mula takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Taib sangka calon penggantinya akan bergaduh sesama sendiri, kata Abang Johari

Mesyuarat tertutup Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hujung mingggu lepas yang menjadi titik tolak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memilih Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti beliau, tidak terlepas daripada saat-saat dramatik.
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) hari ini berkata Abdul Taib terperanjat apabila beliau bersama Adenan dan naib presiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tidak bersetuju dengan Abdul Taib yang mahukan Majlis Tertinggi parti dan kaukus memilih penggantinya.
"Sebenarnya beliau (Abdul Taib) agak terkejut. Beliau menyangka kami akan bergaduh (sesama sendiri). Saya cuma mahu berterus-terang di sini. Kami bertiga bersetuju untuk memberikan mandat kepada beliau untuk membuat keputusan, katanya dalam satu sidang media di Kuching hari ini.

Jarumemas: Bak kata orang tua-tua, sepakat membawa berkat. bersatu kita teguh bercerai kita roboh.  

Silibus pendidikan agama perlu disemak semula, saran Dr M

Kerajaan disaran menyemak semula silibus pendidikan agama di sekolah-sekolah bagi memastikan pengajarannya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata tetapi turut diisi dengan nilai-nilai Islam yang baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata keruntuhan sebilangan institusi keluarga Islam kebelakangan ini akibat kurangnya penerapan nilai-nilai hidup Islam.
Beliau berkata kesibukan ibu bapa bekerja dan pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan unsur kebaratan yang tidak baik dan boleh memusnahkan institusi keluarga Islam.
Demikian katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global di Johor Bahru hari ini.

Jarumemas: Pegangan agamalah yang akan membantu kita menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Tidak semua yang datang dari Barat itu baik, banyak yang boleh membawa kepada kehancuran.  

PKR: Azmin tidak terlibat peletakan jawatan Adun Kajang

Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang diusahakan sepenuhnya oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan tidak melibatkan pihak lain sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media sebelum ini, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha agung PKR itu menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa Timbalan Presiden Mohamed, Azmin Ali yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Lee yang dikritik ramai pihak.
"110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
“Kerana dia yang usahakannya daripada memujuk, menyediakan surat peletakan jawatan sehinggalah membawanya bertemu Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Jarumemas: Hanya Allah yang tahu siapa yang bertanggungjawab.

Selepas PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur

Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu?
Satu demi satu “malapetaka” menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13.
Kajian terbaru menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia berputus asa dengan kenaikan kos kehidupan dan mula yakin pemimpin negara tidak pandai menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai rancangan untuk negara.
Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah.
Najib perlu berbuat lebih banyak untuk meyakinkan rakyat Malaysia beliau berkuasa. Lebih banyak perlu dilakukan.
Perlu ada bukti setiap hari kehidupan menjadi semakin baik bagi berjuta rakyat Malaysia yang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos kehidupan.
Jika tidak, orang ramai akan mula menghitung berapa hari lagi tinggal untuk Najib berada di tampuk kekuasaan.
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

SUMber: the malaysian insider

Jarumemas: tuan penasihat 25%!!!!