Kerajaan disaran menyemak semula silibus pendidikan agama di sekolah-sekolah bagi memastikan pengajarannya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata tetapi turut diisi dengan nilai-nilai Islam yang baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata keruntuhan sebilangan institusi keluarga Islam kebelakangan ini akibat kurangnya penerapan nilai-nilai hidup Islam.
Beliau berkata kesibukan ibu bapa bekerja dan pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan unsur kebaratan yang tidak baik dan boleh memusnahkan institusi keluarga Islam.
Demikian katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global di Johor Bahru hari ini.
Lagi...www.themalaysianinsider.com
Jarumemas: Pegangan agamalah yang akan membantu kita menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Tidak semua yang datang dari Barat itu baik, banyak yang boleh membawa kepada kehancuran.
No comments:
Post a Comment