Friday, 14 February 2014

Taib sangka calon penggantinya akan bergaduh sesama sendiri, kata Abang Johari

Mesyuarat tertutup Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hujung mingggu lepas yang menjadi titik tolak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memilih Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti beliau, tidak terlepas daripada saat-saat dramatik.
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) hari ini berkata Abdul Taib terperanjat apabila beliau bersama Adenan dan naib presiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tidak bersetuju dengan Abdul Taib yang mahukan Majlis Tertinggi parti dan kaukus memilih penggantinya.
"Sebenarnya beliau (Abdul Taib) agak terkejut. Beliau menyangka kami akan bergaduh (sesama sendiri). Saya cuma mahu berterus-terang di sini. Kami bertiga bersetuju untuk memberikan mandat kepada beliau untuk membuat keputusan, katanya dalam satu sidang media di Kuching hari ini.

Jarumemas: Bak kata orang tua-tua, sepakat membawa berkat. bersatu kita teguh bercerai kita roboh.  

Silibus pendidikan agama perlu disemak semula, saran Dr M

Kerajaan disaran menyemak semula silibus pendidikan agama di sekolah-sekolah bagi memastikan pengajarannya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata tetapi turut diisi dengan nilai-nilai Islam yang baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata keruntuhan sebilangan institusi keluarga Islam kebelakangan ini akibat kurangnya penerapan nilai-nilai hidup Islam.
Beliau berkata kesibukan ibu bapa bekerja dan pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan unsur kebaratan yang tidak baik dan boleh memusnahkan institusi keluarga Islam.
Demikian katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global di Johor Bahru hari ini.

Jarumemas: Pegangan agamalah yang akan membantu kita menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Tidak semua yang datang dari Barat itu baik, banyak yang boleh membawa kepada kehancuran.  

PKR: Azmin tidak terlibat peletakan jawatan Adun Kajang

Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang diusahakan sepenuhnya oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan tidak melibatkan pihak lain sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media sebelum ini, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha agung PKR itu menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa Timbalan Presiden Mohamed, Azmin Ali yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Lee yang dikritik ramai pihak.
"110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
“Kerana dia yang usahakannya daripada memujuk, menyediakan surat peletakan jawatan sehinggalah membawanya bertemu Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Jarumemas: Hanya Allah yang tahu siapa yang bertanggungjawab.

Selepas PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur

Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu?
Satu demi satu “malapetaka” menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13.
Kajian terbaru menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia berputus asa dengan kenaikan kos kehidupan dan mula yakin pemimpin negara tidak pandai menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai rancangan untuk negara.
Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah.
Najib perlu berbuat lebih banyak untuk meyakinkan rakyat Malaysia beliau berkuasa. Lebih banyak perlu dilakukan.
Perlu ada bukti setiap hari kehidupan menjadi semakin baik bagi berjuta rakyat Malaysia yang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos kehidupan.
Jika tidak, orang ramai akan mula menghitung berapa hari lagi tinggal untuk Najib berada di tampuk kekuasaan.
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

SUMber: the malaysian insider

Jarumemas: tuan penasihat 25%!!!!

Friday, 7 February 2014

Kerajaan Kelantan bergoncang akibat dua serangan dalaman

Ketika hubungan PAS dan PKR bergoncang di peringkat nasional, kerajaan negeri Kelantan juga bergoncang hari ini apabila dua kumpulan daripada PKR dan PAS sendiri menyerang kepimpinannya.
Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar  Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎
Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Jarumemas: Dalam cawan ada gelora...kata pepatah Inggeris...

Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam

Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah.
"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.

Jarumemas: Dia ini pun tak sedar diri patut juga dilumurkan darah ke mukanya. 

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200, kata NGO Islam

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Jarumemas: Pantang orang Melayu dicabar, hutang darah di bayar darah, hutang nyawa dibayar nyawa, hutang menghina dibayar penampar?? Kalau mereka dah terlebih kurang ajar dah sampai masanya  diajar secukupnya.