Monday, 27 January 2014

Pelajar malu insiden pijak bendera Jepun


Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.


Jarumemas: Jangan fikir marah kita saja. marah orang lain dengan kita macam mana? Buat sesuatu perlu difikirkan terlebih dulu akan perasaan orang lain. Jangan kita ikut nafsu marah kita sahaja. 

Protes 'kandar sayur' di PP hari ini


Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung,pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Kerajaan dah melakukan yang terbaik dalam menangani kenaikan kos asra hidup. Kita sebagai pengguna perlu juga berbelanja dan mengatur perbelanjaan kita secara berhemah. Di samping itu, kita juga  perlu memaklumkan kepada  kerajaan sekiranya ada penjual yang menaikkkan harga barangan sesuka hatinya. 

PERKASA nasihat KJ jaga kementerian sendiri

NGO pendesak Melayu, PERKASA menasihatkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjadi 'jurucakap Putrajaya' berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Setiuasaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata ini kerana Khairy bukanlah perdana menteri atau menteri hal ehwal Islam.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno dan BN, selayaknya bercakap hak berkaitan parti, bukan hal urusan kerajaan kecuali kementerian kamu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjawab kenyataan Khairy bahawa kabinet tetap dengan penyelesaian 10 Perkara berkaitan dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu.


Jarumemas:  Adakah perumpamaan menjaga tepi kain orang sesuai atau tidak sesuai digunapakai pada masa sekarang? 

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain


Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "menolak isu itu kepada pihak lain", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib itu pada Jumaat berdasarkan enakmen yang mana melarang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' yang terdapat pada beberapa buah negeri.

"Ini menolak isu kepada orang lain. Peruntukan (enakmen) diinisiatif oleh kerajaan persekutuan dan pelaksanaan di negeri-negeri." 


Anwar berkata beliau sedar perkara tersebut sebagai "kompleks" dan konsensus nasional diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu.


Jarumemas: Memang senang nampak kesalahan orang lain bila kita berada di luar. 

Friday, 24 January 2014

Henti berslogan, henti potong subsidi, kata pemimpin akar umbi Umno

Debat yang berputar di sekeliling kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan masa depan politik menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin akar umbi Umno, yang menyatakan perdana menteri perlu menghentikan membuat slogan, sebaliknya berhenti potong subsidi yang memberi kesan kepada rakyat.
Mereka berkata, sementara serangan daripada parti politik lawan memang sudah dijangka, gerakan oleh golongan elit dalam parti itu untuk menyingkirkan Najib sebagai presiden dan serangan daripada blogger pro-Barisan Nasional (BN) mengenai kepimpinan dan polisi kerajaan mencetuskan kebimbangan.
“Rakyat kata Najib pemimpin yang lemah. Tetapi siapa pemimpin yang lebih kuat kita ada dalam hirarki Umno,” kata Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Ketua Umno bahagian Padang Besar itu berkata, Najib sepatutnya tidak lagi mengelirukan ahli Umno dengan slogan yang tidak mencerminkan sebarang tindakan.
Beliau berkata, ahli parti mengharapkan barisan kepimpinan juga mendengar pandangan dan pendapat ahli politik, bukan hanya beberapa penasihat perdana menteri berhubung perkara yang menjejaskan rakyat.

Jarumemas: Pemimpin perlu tegas bukan untuk menjadi popular. 

Putrajaya denies RON95 only for poor, tells media to stop spinning

Putrajaya today accused the media of spinning stories, saying there were no plans to limit the sale of RON95 fuel to the lower-income group.
Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said in a tweet he had checked with Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tengku Adnan did not say RON95 will be sold to the lower-income group or the poor. Do not spin untrue stories," Khairy tweeted.
In a tweet, Tengku Adnan said that he was talking about rationalisation in fiscal policy to the rakyat who were in need compared with  the rich.
"It is sad when people like to sensationalise things and slander people," Tengku Adnan reportedly tweeted.

Jarumemas: Their main job is to spin for sake of popularity. NO kore integrity in their reporting as long the end justifies means. 

Selesaikan masalah Melayu dengan Melayu dahulu, baru selesaikan isu dengan semua pihak

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP telah secara terbuka mahu berunding dengan parti-parti dalam kerajaan untuk penyelesaian isu perkauman, ekonomi dan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan negara dan keselamatannya.

Umno pernah mencadangkan untuk berbincang dengan PAS, tetapi yang menyambutnya adalah Anwar. Saya pernah menulis komen semasa itu dan menganggap unjuran Anwar itu sebagai “yang lain yang digeletek, yang lain pula yang terasa gelinya”.

Selama ini kerana kelembutan Melayu dan kesabaran mereka itulah yang telah menjadikan bangsa-bangsa yang hidup di negara ini berada di dalam keadaan aman damai dan boleh berniaga dengan baik dan aman. Hanya keadaan itu sudah mula merudum dan itulah yang perlu diperbaiki sekarang ini tanpa menunjukkan atau mempamerkan ego dan kehebatan masing-masing.
Apa pun perundingan tidak akan membawa kemana-mana jika di antara kaum Melayu dalam PAS dan Umno itu belum dapat di selesaikan. Ini merupakan perkara yang amat “real” dan jangan abaikan isu Melayu sesama Melayu ini dahulu, sebelum apa-apa rundingan yang lebih besar diadakan.

Oleh  Aspan Alias

Sumber: The Malaysian Insider

Jarumemas: Jangan pulak lain yang digeletek lain yang geli.