Monday, 19 August 2013

5 anggota kongsi gelap ditembak mati


Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartmen di Sungai Nibong di George Town awal hari ini dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes tembak di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian 4.45 pagi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media bagi memberi maklumat lanjut mengenai kes itu hari ini, katanya. 


Jarumemas: Seram dan seriau dengan kes jenayah tembak yang semakin ketara dalam negara. Nyawa dah seperti di hujung tanduk. 

Elak jadi mangsa penipu siber, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan berwaspada terhadap aktiviti penipuan siber terkini.

"Berbaloi untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan penipuan siber terkini. Berwaspadalah, lebih-lebih lagi dengan butiran bank dan kad kredit," katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Mesej tweet beliau turut mempunyai pautan kepada artikel Bernamabertajuk 'Look out for cyber cheats'.

Artikel itu menyebut jenayah siber seperti penipuan menggunakan identiti sesebuah bank menerusi e-mel dan SMS boleh dielak sekiranya masyarakat lebih prihatin dengan perkembangan terkini teknologi.

Menurut Penolong Pengurus Besar Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia Joanne Wong, kes sedemikian berlaku apabila penipu menghantar e-mel, SMS atau menelefon mangsa bagi mendapatkan butiran peribadi seperti kredit kad, kata laluan dan kod kebenaran transaksi dengan menyamar sebagai wakil bank.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Selalu dapat emel yang menyatakan teman menang loteri Aisasia dan bermacam lagi...

Nazri dapat simpati lawan politik isu anak


Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.

Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya kepada Malaysiakini.


Jarumemas: Orang-orang tua dulu pernah berkata, jika hendak berbuat sesuatu fikirlah baik buruknya dulu sebelum bertindak. Bak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak. 

'Rakyat harus insaf merdeka tanpa darah'


Rakyat negara ini harus insaf dengan perjuangan pemimpin terdahulu sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud berkata perjuangan serta pengorbanan pemimpin dahulu tidak dapat dinafikan sehingga Malaysia kini muncul sebagai negara yang maju dan makmur.

"Sempena bulan kemerdekaan negara selama sebulan bermula 16 Ogos, rakyat harus mengisi kemerdekaan negara dengan menanam sikap bekerjasama di semua peringkat bagi membangunkan negara ini dengan lebih maju.

"Saya berharap apabila tiba bulan kemerdekaan negara, kita harus menghayati erti kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang di setiap rumah, pejabat, premis perniagaan atau di mana sahaja agar kemerdekaan itu lebih memberi erti," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Dungun.



Jarumemas: AKU ANAK MERDEKA!!!

Thursday, 18 July 2013

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.


Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.


Jarumemas: Apa lagi bukti yang perlu diberikan oleh SPR kepada PKR dan Hafizi? Semuanya tak kena. Sudah!! jangan dilayan lagi manusia yang gila meroyan ini. 

Demonstrasi guna dakwat, SPR jamin ia kekal

KUALA BESUT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan demonstrasi hari ini untuk membuktikan dakwaannya bahawa dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah berkualiti lebih baik daripada dakwat kontroversi yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa wartawan, termasuk dari Malaysiakini, mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.
Dalam satu kenyataan selepas demonstrasi itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, suruhanjaya itu mendapati jika dakwat kekal itu dibasuh, warnanya akan muncul semula pada jari.


Wartawan Malaysiakini cuba mencuci dakwat tersebut sejam selepas itu, dan mendapati kesannya masih ada walaupun dua kali dibasuh dengan sabun.

Dakwat itu juga menjadi semakin gelap selepas beberapa ketika.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Yang benar tetap benar, janganlah dicari kekhilafannya.

Alvin, Vivian hadapi 3 tuduhan persenda Islam, foto bogel

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang ertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.


Jarumemas: Amekau!! Inilah balasan bagi orang yang tidak bersyukur.