Thursday, 31 January 2013

Najib: ETP telah menunjukkan hasil yang kukuh

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah terdapatnya tanda-tanda yang Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan hasil yang kukuh sementara negara pula kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Para pelabur mengerumuni bursa tempatan, dirangsang oleh pencapaian kejayaan besar tawaran awam tahun lepas, kata beliau semasa pelancaran Four Seasons Place Kuala Lumpur di sini malam ini.

"Sejumlah US$7.3 bilion telah berjaya dikumpulkan dalam beberapa siri terbitan tawaran awam permulaan (IPO), termasuk yang ketiga terbesar dunia dan bursa saham kita mengakhiri tahun ini pada paras rekod tinggi baharu, melonjak lebih daripada 10 peratus pada tahun 2011," kata beliau.

Najib berkata program transformasi itu yang melibatkan perniagaan dan pelabur dari mula lagi, telah membantu mengenal pasti bidang-bidang ekonomi untuk diutamakan dan pembaharuan itu perlu untuk meningkatkan daya saing.

Beliau berkata yang pakej dasar ini yang datang bersama program-program transformasi kerajaan dan politik akan membuka Malaysia dari segi politik dan ekonomi. 


Jarumemas: Semoga Malaysia bertambah kaya dan makmur....

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya. 

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."
Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.


Jarumemas: Undang-undang manusia manakan sama dengan undang-undang Allah.

Selangor akan bubar DUN selepas Tahun Baru Cina

SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid  dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.


Jarumemas: Hanya Sultan yang berhak membubarkan DUN.

Wednesday, 30 January 2013

Dr M: Terpulang jika Nasha mahu tinggalkan PAS

PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di Kuala Lumpur hari ini.


Jarumemas: Sayangnya Pas tak tahu menilai mana kaca mana permata...

'15 peratus pelarian Filipina kini jadi rakyat M'sia'

Lama selepas pelarian Filipina menetap di 32 kampung di Sabah semasa konflik Mindanao pada tahun 1970-an, lebih 16.7 peratus daripada  mereka kini memiliki kad pengenalan biru, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Suhaimi Mohd Salleh, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada RCI hari ini, berkata daripada anggaran 69.317 pelarian di 32 kampung tersebut, sehingga tahun lepas 11,597 daripada mereka memiliki kad pengenalan biru.

"Sejumlah 15,057 orang juga memiliki sijil kelahiran," kata Suhaimi sambil menambah bahawa mereka sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak pelarian dan menunggu untuk mendaatkan kerakyatan.

Manakala 3,698 lagi memiliki status pemastautin tetap, 481 menggunakan permit masuk, 10,982 menggunakan IMM13 (dokumen status pelarian) dan 281 menggunakan kad pengenalan sementara, katanya.


Jarumemas: Biarkan RCI menjalankan tugas mereka...

Masa depan Nasha jadi spekulasi

Spekulasi mengenai masa depan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang digugurkan dari majlis syura ulama parti itu, terus menjadi tumpuan laporan media hari ini.Antaranya akhbar Sinar Harian yang memetik kenyataan mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan menghalang sekiranya Nasharudin memilih untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasal. Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini (pula) kerana parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya yangh mengalu-alukan sekiranya Nasharudin menyertai Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (ILMU) yang diketuainya.

"Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai ILMU, meskipun masih lagi menjadi ahli PAS. ILMU merupakan NGO yang pro-Umno dan bukan sepenuhnya dengan Umno," katanya kepada akhbar itu.


Jarumemas: Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!!!

'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.


Jarumemas: Zombie!!