KUALA LUMPUR, 19 Dis —Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)
menyifatkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Senator Dr Ariffin Omar
sebagai tidak mengenang budi apabila mendakwa rasuah berpunca daripada
monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.
Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata dakwaan tersebut
nyata membakar api kemarahan kira-kira 640,000 anggota PPKM yang
merupakan bekas pegawai perkhidmatan awam.
“Jika benar seperti dakwaannya, ia adalah satu kenyataan tidak
bertanggungjawab. Di manakah dia (Ariffin) ketika beribu-ribu pegawai
perkhidmatan awam seperti polis dan tentera berkorban nyawa untuk
menyelamatkan tanah air dari cengkaman komunis selama 14 tahun?.
“Dia seharusnya berterima kasih dengan mereka termasuk kami
bekas-bekas pegawai perkhidmatan awam yang bersusah payah membangunkan
negara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Inilah dia manusia yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih dengan pengorbanan orang Melayu. Janganlah jadi seperti lembu dicucuk hidung. Adakah bangsa lain begitu bersih dan tidak terlibat dalam rasuah. Jangan lupa kalau tidak ada yang memberi masakan ada yang merasa....
“Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian,” katanya.
Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.
Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia. – Bernama
Jarumemas: Jangan sampai tragedi 13 Mei 1969 tercetus lagi. Kami yang pernah mengalaminya tidak senang suduk dibuatnya memikirkan tentang keselamatan anak pinak, emak ayah dan jiran tertangga semasa peristiwa itu berlaku.