Wednesday, 8 January 2014

Muhyiddin hina intelektualiti sasterawan

Sebagai seorang penulis dan sasterawan, saya rasa terhina dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti disiarkan di Bernama dan beberapa portal berita dalam talian.

Pada suatu majlis penyampaian hadiah di kediaman rasminya di Putrajaya semalam, beliau dilaporkan berkata bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan negara Malaysia.

Kata-katanya ini bersifat menghina intelektualiti, jati diri dan maruah golongan sasterawan; seolah-olah sasterawan hanya berhak memilih antara “kerajaan” dan “pembangkang”.

Untuk perhatian Muhyiddin dan para Badut Paul Lathic, saya bukan “penyokong kerajaan” mahu pun “penyokong pembangkang”. Saya adalah penyokong Rakyat; khususnya minoriti yang anda tindas secara terancang menggunakan senjata politik dan perkauman.


Jarumemas: Bukan sasterawan sahaja berada di atas landasan neutral tidak memihak mana- mana pihak. Masih ramai lagi kumpulan atau individu yang bersikap nbeutral dalam segi pandangan politik mereka. 

No comments:

Post a Comment