Kementerian Dalam Negeri hari ini
mengisytiharkan bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menurutnya
“memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Islam” sebagai pertubuhan haram
kerana tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha
kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid Shariff menyebut bahawa gabungan itu
kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian
besarnya tidak berdaftar.
“Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan
aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti
yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Memang banyak yang hendak menghancurkan Islam termasuklah orang Islam sendiri kerana ramai yang tidak mahu mendalami Islam dan agama sendiri. Lebih ramai yang terikut-ikut dengan rentak orang lain.
No comments:
Post a Comment