Malaysia sekali lagi gagal mendapatkan tenaga kerja domestik apabila pemerintah Kemboja akan menamatkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas Putrajaya menolak garis panduan untuk melindungi hak pekerja mereka.
The Cambodia Daily melaporkan Putrajaya menghantar kembali Memorandum Persefahaman (MoU) yang disediakan kerajaan Kemboja dengan sebaris ayat "majikan perlu menghormati hak asasi manusia DW (pekerja domestik)”.
Kemboja menuntut untuk membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport mereka, melihat dan menandatangani kontrak perjanjian sebelum meninggalkan Kemboja, tiga sajian sehari dan cuti tahunan yang semuanya ditolak kerajaan Malaysia.
Lagi...www.malaysianinsider.com
Jarumemas: Pada pandangan teman, adalah lebih baik kerajaan Malaysia mengambil dan melatih rakyat tempatan menjadi pekerja domestik. Berikan mereka kursus dan latihan tahap profesional yang membolehkan rakyat kita mendapat gaji yang tinggi dan menarik perhatian mereka untuk menjadi pekerja domestik. Berikan mereka segala insentif sama seperti pekerja domestik warga asing. Memang anak-anak tempatan tidak mahu menjadi bibik kerana memandang hina pekerjaan ini. Tetapi kalau kena cara dan kaedahnya, teman pasti ia boleh dilaksanakan walaupun pada mulanya tidak akan mendapat sambutan. Kita kena tukar 'mindset' mereka dulu.
No comments:
Post a Comment