Kempen membantah penggantungan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menggamit ahli politik dan tokoh masyarakat terlibat sama membincangkannya, termasuk Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang (bawah).
Beliau turut tampil menulis pesanan di Twitter semasa kempen harian menggunakan hashtag #theHeat anjuran perkumpulan longgar wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM).
"Sudah ada undang-undang fitnah. Kenapa perlu gantung akhbar? (Ia) hanya tambah kerosakan kepada imej kerajaan,” tulisnya kelmarin.
Beliau juga berhujah, rakyat sendiri harus dibiarkan menghakimi mutu sesebuah akhbar itu, termasuk akhbar organ pembangkang.
"Ada sebab mengapa pengedaranHarakah, Keadilan Daily dan Roket rendah. Jika ia sampah, orang takkan beli. Biar rakyat yang menghakimi #theHeat," tulis beliau lagi
Lagi....www.malaysiakini.com
Jarumemas: Banyak komentar yang merasa marah dengan kenyataan Tan Keng Liang. Apa sebenarnya dia nak tunjuk?
No comments:
Post a Comment