Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mewujudkan jawatankuasa ‘tiga orang’ kerana tidak bersikap adil dengan jawatankuasa berkenaan.
Nur Jazlan menegaskan Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru diedarkan semalam dan ahli jawatankuasa yang dipengerusikannya masih lagi meneliti laporan berkenaan bagi mengambil tindakan susulan.
Lim Guan Eng hari ini mencadangkan majlis berkenaan akan dianggotai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
"Mereka (pembangkang) tidak bersikap adil dengan PAC. Kami masih menyemak laporan berkenaan yang diedarkan semalam. Takkan keputusan nak hari ini?" Soal Nur Jazlan ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Lagi....www.malaysianinsider.com
Jarumemas: Pada pendapat Jarumemas peluang dan ruang perlu diberikan kepada PAC untuk meneliti setiap kelemahan dan ketirisan yang berlaku seperti yang terdapat pada Laporan Ketua Audit Negara.
.
No comments:
Post a Comment