Keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa masuk ke negara ini ekoran khuatir wujudnya usaha "penghargaan" kepada pemimpin pengganas tersebut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menegaskan, Putrajaya sebelum ini telah menawarkan kerakyatan kepada Chin Peng sebanyak dua kali namun Setiausaha Agung PKM berkenaan menolak tawaran tersebut.
"Dia tidak pernah menyerahkan borang permohonan. Kami menganggap dia menolak tawaran kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sumber: Malaysianinsider.com
Jarumemas: Nama Chin Peng memang menjadi sinonim dengan komunis yang membuatkan generasi sebelum merdeka tidak rela mayatnya hatta abu mayatnya dibawa balik ke Malaysia. Janganlah ada puak-puak tertentu yang menjaja isu ini untuk dipolitikkan. Jangan dijolok sarang tebuan kerana buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment