Persatuan Bekas Tentera Malaysia negeri Terengganu (PBTMT) akan menentang keras sebarang bentuk usaha oleh pihak tertentu untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.
Yang Dipertua PBTMT Abdullah Che Muda berkata bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan rakyat negara ini, sebaliknya penderhaka yang menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.
Abdullah memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menghentikan usaha meracuni fikiran rakyat dengan cuba menonjolkan kononnya Chin Peng ialah wira dan pejuang negara.
"Kami para bekas tentera yang berkhidmat di zaman komunis tidak akan melupai apa yang Chin Peng dan pengikutnya lakukan hingga menyebabkan ada antara kami yang merasa deritanya sampai ke hari ini," katanya kepada Bernama di Besut hari ini.
Beliau berkata ramai bekas tentera menganggap Chin Peng sebagai seteru mereka hingga dendam terhadapnya masih berkobar sehingga sekarang.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilaporkan meninggal dunia pada 16 Sept lepas akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.
Sumber: Malaysiakini.com
Jarumemas: Kenangan silam kejamnya komunis memang sukar dilupakan oleh mereka yang pernah berada di zaman itu. Ramai yang dibunuh dengan kejam dan sadis tanpa belas kasihan. Ketuanya, Chin Peng dan beberapa orang lagi, malah orang Melayu sendiri juga bertindak kejam sesama bangsa. Adakah perlu disanjung kematian mereka? Perajurit dan pejuang-pejuang negara yang mati kerana negara perlukah kita perlekehkan perjuangan mereka?
No comments:
Post a Comment