Wednesday, 17 July 2013

Wakil Vatican kata tiada niat campur tangan

Wakil  Vatican ke Malaysia Biskop Joseph Marino memohon maaf atas salah faham yang timbul ekoran kenyataannya dalam isu penggunaan kalimah 'Allah'.


Kedutaan Vatican hari ini menyebut, komen berkenaan tidak pernah dianggap sebagai cubaan untuk menceroboh hal ehwal dalaman negara ini.

Biskop Joseph Marino turut menyampaikan kenyataan tersebut melalui Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman dalam satu pertemuan di Wisma Putra petang ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Luar menyatakan bahawa Anifah menasihati wakil Vatican tersebut supaya berhati-hati dengan sensitiviti agama di negara ini.

Beliau juga mengingatkan wakil tersebut bahawa isu penggunaan kalimah Allah itu masih berlarutan di mahkamah.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Umat Islam perlu bangkit.

No comments:

Post a Comment