Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui bahawa adalah sukar untuk memenangi sesuatu petisyen pilihan raya di mahkamah. Semasa bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, beliau merasakan sukar untuk membuktikan adanya penipuandalam pilihan raya dan ia di luar kemampuan manusia untuk membuktikannya. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Rafizi berkata, pihak yang memfailkan petisyen itu perlu membuktikan bahawa pihak lawan telah memberi rasuah atau telah menakut-nakutkan pengundi untuk mempengaruhi undi mereka.
Sumber: Makkal Osai
Jarumemas: PKR seolah-olah mahu biar putih tulang jangan berputih mata untuk memegang tampuk Kerajaan Persekutuan. Mereka masih tidak mahu menerima kekalahan yang telah ditentukan oleh takdir. Muhasabah diri kenapa pembangkang masih belum diangkat sebagai pemerintah. PR dah dapat tiga negeri untuk diperintah, maka tunjukkanlah kemampuan untuk menerajuinya dengan jayanya. Mungkin apabila melihat kemampuan pembankang pada tiga negeri itu, maka rakyat akan buka mata.
No comments:
Post a Comment