Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan kedua, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.
Dalam laporan ATIP 2013 tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu-isu tersebut pernah diutarakan oleh suruhanjaya menerusi laporan tahunan, dan juga dialog serta perbincangan meja bulat bersama agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Nama Malaysia yang memang telah sedia harum di peringkat global atas beberapa sebab kini menjadi sasaran pihak dunia maju untuk melibatkannya dengan perkara-perkara buruk. Sewajarnya kita mempertahankan nama baik Malaysia. Isu pemerdagangan manusia berlaku di mana-mana sahaja bukan di Malaysia sahaja.
No comments:
Post a Comment