Semalam, Presiden MIC, Dato Seri Palanivel menafikan MIC mengugut mana-mana pihak. Mereka hanya menyuarakan hak mereka bagi mengekalkan jawatan Speaker Perak untuk MIC. Jawatan Speaker pernah dipegang oleh MIC sebelum PRU-13 dan kini mereka mahu jawatan itu terus dipegang oleh MIC. Hanya Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab memutuskan perkara ini. Palanivel juga memberitahu, pengundi India telah membantu Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan di negeri Perak pada PRU-13 lalu.
No comments:
Post a Comment