Tuesday, 11 June 2013

EAIC: Pembangkang memang sentiasa mengkritik kerajaan

PUTRAJAYA, 11 Jun —Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Heliliah Mohd Yusof tidak kisah dengan kritikan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa mereka gagal melaksanakan tanggungjawab terutamanya melibatkan kes kematian dalam tahanan.
Agensi kerajaan itu menerima tekanan daripada pelbagai pihak terutamanya melibatkan isu kematian 9 orang dalam tahanan polis sepanjang tempoh tahun ini, yang terbaru adalah melibatkan kematian warga Jepun Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya hujung minggu lalu.
“Mereka berhak untuk mengkritik... sebuah pandangan adalah tetap pandangan, cuma kita telah berusaha untuk membolehkan supaya rakyat faham apakah tujuan dan tanggunjawab suruhanjaya ini,” kata Heliliah dalam satu sidang media di ibu pejabat EAIC di sini.
Jarumemas: Biarkan mereka seperti anjing menyalak bukit...

No comments:

Post a Comment