KANGAR, 16 April -- Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan
Kassim yang diumum sebagai calon di kawasan Parlimen Arau mahu
memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) di lima kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen berkenaan.
Dua kerusi di kawasan itu iaitu DUN Simpang Empat dan Sanglang kini disandang PAS.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Arau yakin pengundi akan terus memberi sokongan kepada BN yang berupaya membawa perubahan dan sentiasa menunaikan janji.
"Ini adalah permulaan kepada semua calon BN untuk berjuang dalam memastikan kemenangan. Buktikan perjuangan parti (dengan kemenangan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shahidan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis akan menentang calon PAS Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din. Beberapa muka baharu yang diumum bertanding tidak menyangka akan terpilih. Ketua Puteri Umno Perlis, Azmaiza Ahmad yang dicalon bagi kerusi DUN Chuping menganggap pencalonannya sebagai hadiah sempena hari lahirnya yang ke-38 Khamis ini.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: In shaa Allah menang bergaya...
No comments:
Post a Comment