KUALA LUMPUR, 10 April -- Sempena pilihan raya umum ke-13, Gerakan
melancarkan pada Rabu dua klip video untuk memaparkan sumbangan parti
itu selama ini kepada orang ramai.
Dua klip video itu bertajuk 'Satu Hati-Gerakan With The People' dan 'Gerakan Moving With Penang', menurut biro publisiti parti itu dalam kenyataan Rabu.
Menurut kenyataan itu, klip video 'Satu Hati-Gerakan With The People' memaparkan sumbangan parti kepada negara secara menyeluruh.
Sumbangan itu termasuk dalam industri-industri utama semasa yang diterajui bekas menteri kabinet dan bekas presiden parti mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang berjaya menembusi pasaran asing seperti China, India dan Eropah.
Satu lagi klip video fokus kepada sumbangan parti di pangkalannya di Pulau Pinang, seperti mengurangkan kadar pengangguran dan pada masa sama menyaksikan pembinaan pelbagai infrastruktur penting seperti Komtar, jambatan Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu Expressway dan Empangan Mengkuang.
Kedua-dua klip video dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu boleh dilayari dalam laman web parti dan YouTube.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Baru nak buat? Ketinggalan betul!!
No comments:
Post a Comment