Wednesday, 20 March 2013

Manila tidak lepaskan tuntutannya ke atas Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.  
“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.


Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.

Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.

Sumber: MalaysianInsider

Jarumemas: Malaysia jangan mengalah dengan tuntutan Filipina. Mentang-mentang Sabah dah maju dan mempunyai kekayaan bumi mereka hendak tuntut pula. Negara mereka yang huru hara dan saling berganti pemerintah ada hati nak ambil Sabah balik.

No comments:

Post a Comment