Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan
bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubar selagi
perdana menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.
"Saya
takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh
sesuka hati bubar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini.
Menurutnya lagi, manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.
Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini.
Berikutan
itu, katanya, upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari
ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri
Tunku Annuar Sultan Badlishah.
- Bernama
Jarumemas: Masih tertunggu-tunggu bila PM akan isytihar pembubaran Parlimen....
No comments:
Post a Comment