Friday, 2 November 2012

Jangan Percaya Fitnah Pembangkang Yang Tidak Nampak Kebaikan BN, Kata Jainab


KOTA KINABALU,-- Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih gemar menyebar fitnah bagi memburukkan kerajaan meskipun mereka sedar pencapaian kerajaan sedia ada cukup membanggakan.

Beliau berkata parti pembangkang kini kelihatan seolah-olah tidak dapat membezakan "apakah yang baik dan tidak baik" khususnya yang dilakukan atau dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Setiap hari mereka menjaja keburukan dan kelemahan kerajaan kepada rakyat bagi menanam kebencian sedangkan kerajaan BN bersungguh-sungguh menolong dan memperbaiki kehidupan rakyat.

"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika kerajaan BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar belit fakta untuk menfitnah kerajaan," katanya ketika berucap sempena Program Salam Sayang Wanita UMNO Sepanggar di Sepanggar di sini pada Jumaat.

Jainab berkata parti pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi pada masa yang sama gagal membawa idea baharu untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk aspek ekonomi dan sosial.

Sumber: Malaysia Chronicles

Jarumemas: Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh. 

No comments:

Post a Comment