Tuesday, 10 April 2012

APA SUDAH JADI DENGAN PAS?


Pemimpin-pemimpin Pas bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah di Kota Bharu, baru-baru ini.
 
APABILA satu demi satu kontroversi dan masalah melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berasa beruntung apabila Pas muncul menjadi pembela setia mereka.

Berbanding DAP yang lebih kerap berdiam diri dalam memberi sebarang ulasan terhadap isu melibatkan pemimpin PKR, pemimpin Pas jauh lebih taksub mempertahankan rakan sekutunya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, parti itu akan tetap bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ia bermakna apa kontroversi yang dicetuskan oleh Anwar termasuk menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel, Pas tetap akan bersama Anwar.

Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas: Lihatlah gambar Anwar dalam artikel ini,  pelbagai persepsi yang boleh dibuat. Pada Jarumemas, macam singa lapar nak telan orang.  Yang hairannya, masih ada yang bermati-matian nak hidupkan dia.

No comments:

Post a Comment