Sumber: Utusan Malaysia Online
Jarumemas teringatkan telatah arwah abah semasa di pusat mengundi pada PRU ke-12. Allahyarham tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi walaupun dalam keadaan uzur. PRU 12 adalah kali terakhir arwah mengundi. Arwah sangat sedih apabila banyak kerusi jatuh kepada pembangkang terutamanya kawasan Parlimen dan DUN tempat dia membuang undi. Semasa sihat, arwah akan berjaga sampai ke pagi menanti keputusan pilihan raya dan akan mencatat setiap kemenangan dan kekalahan calon BN. Arwah meninggal pada 6 November 2008.
No comments:
Post a Comment