PUTRAJAYA, 6 Nov — Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia mungkin
dinaikkan berbanding RM4,511 yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia
sebelum ini susulan rasa tidak puas hati agensi pembantu rumah dari
kedua-dua negara.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata agensi
terbabit mendakwa jumlah yang ditetapkan itu tidak menguntungkan mereka
jika dibanding dengan kadar di negara lain di rantau ini.
“Justeru kami minta mereka berbincang sesama sendiri dan usulkan kos yang realistik kepada kami.
“Kita tidak tahu meningkat berapa banyak. Biar mereka cadangkan kadar
baru dulu. Tetapi ada yang membayar sehingga RM 12,000 dan RM13,000
untuk mendapatkan pembantu rumah asing. Kita harap tidak setinggi itu,”
katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Ini bukan nak menyenangkan majikan Malaysia tetapi menyentap kekayaan dan keselesaan kami.
No comments:
Post a Comment