Friday, 21 September 2012

Persidangan Agung Umno November, PRU mungkin tahun hadapan

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Persidangan Agung Umno 2012 akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan, dan pengumuman itu menunjukkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dilaksanakan tahun depan. Najib yang juga Presiden Umno mengumumkan tarikh persidangan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Ibu Pejabat parti itu di sini. “Majlis Tertinggi (Umno) menetapkan persidangan Agung Umno bagi tahun 2012 akan dilaksanakan bermula pada 27 November, hingga 1 Disember 2012,” kata Najib kepada pemberita hari ini. Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan Najib akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN). Berita lanjut... Jarumemas: Hanya Allah yang tahu bila PRU 13 akan diadakan.

No comments:

Post a Comment