Tuesday, 4 September 2012
Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami' AMK nafi mahu ganti Jalur Gemilang
KUALA LUMPUR- Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.
Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.
Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.
Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.
Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut
Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Berita lanjut...
Jarumemas: Jalur Gemilang maruah negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment