Thursday, 6 September 2012

Kerajaan baru boleh tukar bendera, kata persatuan sejarah

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Bendera negara boleh ditukar jika kerajaan mahukan, kata pengerusi eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (MHS), Tan Sri Omar Hashim hari ini. “Kerajaan baru biasanya akan menukar bendera seperti yang kita saksikan di Libya dan Iraq. “Jadi, jika berlakunya pertukaran kerajaan, mereka boleh menukar bendera,” kata Omar. Beliau menambah, walaupun bendera Malaysia pada hari ini dipilih kekal sebagai simbol kerajaan, ia sepatutnya dihormati dan menjadi satu-satunya bendera ketika sambutan Hari Kebangsaan. Pengerusi persatuan itu memberi respon ketika ditanya oleh pemberita berkenaan kemunculan semula bendera kontraversi 'Sang Saka Malaya' sewaktu sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka minggu lalu. Berita lanjut... Jarumemas: Masih sayang Jalur Gemilang

No comments:

Post a Comment