Wednesday, 12 September 2012
IDEAS: Pelan pendidikan baru tertinggal laporan penting, kurang telus
KUALA LUMPUR, Sept 12 — Kurangnya ketelusan dan tidak mengeluarkan empat laporan penting yang mampu mencalarkan kredibiliti Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Pengarah eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan mengatakan, walaupun pelan induk adalah langkah baik yang mempunyai data penting, beliau kecewa kerana kurangnya ketelusan.
“Kerajaan tidak keluarkan empat laporan yang kritikal bagi mengukuhkan kredibiliti pelan induk tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Empat laporan merujuk kepada laporan Bank Dunia, UNESCO, laporan panel yang dipengerusikan oleh Naib Cancelor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Dzulkiflee Abdul Razzaq dan satu lagi lembaga penasihat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin.
“Kos keseluruhan berjuta ringgit. Kenapa pembayar cukai tidak dibenarkan untuk melihat laporan yang mereka bayar?
“Jika tidak, bagaimana kita boleh tahu pelan induk tersebut turut menyertakan idea yang dicadangkan oleh entiti ini, dan bukannya hanya ditulis oleh penulis pelan induk tersebut?”
Wan Saiful turut mengatakan kerajaan seharusnya menunjukkan kepada umum semua memorandum dan cadangan yang diterima dari pelbagai pihak.
Berita lanjut...
Jarumemas: Berilah peluang kerajaan merubahnya demi masa depan anak-anak kita yang semakin cerdik dan pandai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment